Kastam Amerika Syarikat (AS) telah menemukan bahawa wujud praktik kerja paksa dalam pembuatan sarung tangan Top Glove dan telah mengarahkan pelabuhan di sana untuk merampas barang dari pengilang terbabit, lapor Channel News Asia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, bahagian Perlindungan Kastam dan Sempadan AS (CBP) mengatakan bahawa mereka mempunyai maklumat yang cukup untuk menyatakan bahawa wujud penyalahgunaan pekerja di kilang pembuat sarung tangan perubatan terbesar di dunia.

Julai tahun lalu telah menyaksikan CBP mengeluarkan arahan larangan import dari kedua-dua anak syarikat Top Glove kerana disyaki menyalahgunakan pekerja. Larangan itu kini difahamkan telah meluas kepada semua sarung tangan yang berasal dari kilang Top Glove di Malaysia, lapor Reuters.

Saham Top Glove dalam perdagangan awal pagi ini turun 5 peratus. Wakil Top Glove memberitahu Reuters bahawa penasihat mereka di AS akan berhubung dengan wakil dari CBP bagi mendapatkan lebih banyak maklumat dan penjelasan yang lebih terperinci mengenai perkara ini.

Untuk rekod, Top Glove sebelum ini telah menyatakan bahawa mereka sudah mengambil langkah yang proaktif dalam membetulkan amalan kerja yang terjadi di kilang mereka.

Salah sebuah perunding perdagangan etika yang dilantik oleh Top Glove bagi menilai amalan kerja yang berlaku di kilang mereka melaporkan bahawa pada bulan Januari, pihaknya ‘tidak lagi’ menemui petunjuk mengenai amalan kerja paksa di Top Glove.

Kes COVID-19 warga asing naik mendadak, rakyat Malaysia mahu Top Glove bertanggungjawab. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kes COVID-19 Warga Asing Naik Mendadak, Rakyat Malaysia Mahu Top Glove Bertanggungjawab

Pengasas Top Glove Untung Besar, Bakal Terima Dividen Sebanyak RM490 Juta

Tak Jaga Kebajikan Pekerja, Kerajaan Buka 19 Kertas Siasatan Terhadap Top Glove