Sebut mengenai aplikasi TikTok mungkin ramai yang sudah mengetahui mengenainya. Menawarkan platform buat orang ramai menghasilkan video pendek beserta suntingan yang pelbagai antara yang membuatkan aplikasi ini menjadi tular selain daripada pilihan video yang tersedia khusunya di kalangan remaja.

Terbaharu, difahamkan aplikasi TikTok ini nampaknya kurang disenangi oleh pihak Amerika Syarikat dimana sebuah siasatan keselatan telah dibuat untuk aplikasi video popular milik China ini.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →
TikTok logo.jpg_38755195_ver1.0_1280_720

Sumber: KYMA

Siasatan yang dibuat ini bagi meneliti sama ada aplikasi TikTok turut bekerjasama dalam menghantar data pengguna ke China bagi tujuan perisikan. Setakat ini masih belum dipastikan adakah aplikasi ini sekadar hiburan atau sememangnya mengumpul data pengguna.

Setakat ini, aplikasi ini sudah berjaya mengumpul hampir 500 juta pengguna seluruh dunia sekaligus membawa nama syarikat induk mereka iaitu ByteDance sebaris dengan Tencent dan Alibaba.

Berikutan penggunaan aplikasi ini yang mungkin menjatuhkan imej pihak ATM, pihak Kementerian Pertahanan telah mengharamkan aplikasi ini. Turut dikongsikan pemilik kepada aplikasi startup paling bernilai di dunia.

Kementerian Pertahanan ‘Haramkan’ Tik Tok Buat Warga ATM

Pemilik Aplikasi Tik Tok Dinobat Startup Paling Bernilai Di Dunia

Anda Mungkin Suka