Satu masa dahulu aku pernah terlibat dalam penganjuran seminar di sebuah bandar di Amerika Syarikat.

Seminar tersebut diadakan dalam sebuah dewan di hotel. Malam sebelum seminar macam biasalah, sibuk dengan persiapan itu ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain dari aku dan rakan sekerja yang lain, turut terlibat pekerja hotel dan pekerja event management, juga seorang pegawai bomba dan seorang pegawai polis.

Ya, persiapan untuk menganjurkan seminar itu dipantau oleh bomba dan polis.

Macam biasa dalam persiapan mana-mana acara, kita akan cuba ejas pelbagai perkara.

Ubah kerusi, ubah meja, ubah rostrum, ubah bunga, ubah alas meja dan entah mak nenek apa lagi ubahsuai yang perlu dibuat sampailah puas hati dan terselamat dari kena maki di kemudian hari.

Dalam sibuk ubahsuai tu, technician bertugas tarik kabel kuasa di atas lantai hingga merentang di hadapan emergency exit.

Terus abang bomba (bukan I love U) bersuara:

“Excuse me, the power cable must not obstruct the emergency exit.”

Semua terdiam. Aku yang penuh dengan semangat gotong royong orang Malaysia terus rasa ringan tulang dan cuba menolong pindahkan kabel kuasa supaya tidak merintang di hadapan pintu kecemasan.

“Young man, are you the certified technician?”Kali ini pegawai polis Amerika tu pula yang bersuara.

Mukanya serius dengan misai A. Galak, tangan kiri menuding jari ke arah aku, tangan kanan mencekak pinggang entah hanya berapa inci sahaja jauhnya dari sepucuk X26 Taser.

“No, I am not.” Aku jawab dengan berhati-hati dan jelas macam berada dalam ujian lisan Bahasa Inggeris di sekolah. Pengalaman menonton banyak filem Hollywood mengajar aku jangan cari pasal dengan polis Amerika.

“Then you are not supposed to move the cable. You are not allowed to!” Dia jawab tegas.

Ya, hanya certified technician sahaja yang boleh pindahkan kabel kuasa tu. Bukan sembarangan orang.

Habis susun meja dan kerusi, pegawai bomba tadi membuat kiraan terakhir untuk pastikan berapa ramai yang akan berada di dalam dewan esok berdasarkan pada jumlah kerusi. Kerana pada dinding dewan itu ada tertampal notis ‘MAXIMUM OCCUPANCY 200 PEOPLE’. Tak boleh lebih.

Begitulah bagaimana negara kafir mengambil berat aspek keselamatan.

Tetapi di Malaysia pula, kita berlumba go-kart guna penghadang plastik water barrier (yang katanya kosong) sampai meragut nyawa.

Kemudian penganjur luah rasa sedih dan ucap takziah ibarat semua ini kehendak Tuhan dan bukan berpunca dari kelalaian mereka.