Sebuah syarikat di Johor, Gemilang International LTD (GML) dijangka akan menghantar 140 unit bas sekolah elektrik sepenuhnya ke California, Amerika Syarikat (AS) sekitar tahun ini.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat itu, mereka telah membekalkan bas EV ke Amerika Syarikat sejak 2016, walaupun pasaran negara itu masih lagi menggunakan kenderaan berkuasa bahan api fosil.

“Tempahan 120 unit bas sekolah sepanjang 12 meter dan 20 unit bas sekolah sepanjang 7.5 meter adalah luar biasa bukan hanya kerana ia merupakan satu kejayaan untuk pasaran AS.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

“Tetapi ia juga merupakan kuantiti terbesar pernah dibuat dalam satu tempahan bas EV yang pernah diterima oleh syarikat kami,” jelas kata Encik Pang Chong Yong, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Gemilang International LTD.

Sumber Gambar: The Star

Tambah Pang Chong Yong lagi, GML telah membekalkan badan bas untuk pelbagai pembuat EV seperti BYD dan CRRC ke beberapa pasaran termasuk Malaysia, Singapura, Australia sejak 2015 lagi.

Beliau turut menjangkakan lebih banyak negara akan mengikuti peralihan kepada EV kerana semakin banyak komitmen mitigasi perubahan iklim telah diumumkan oleh kerajaan di seluruh dunia.

Menurutnya lagi, pasaran bas sekolah EV di AS sangat besar dan pertumbuhannya berkembang dengan baik. Ini kerana hasil daripada Perjanjian Infrastruktur Bipartisan (Akta Pelaburan Infrastruktur dan Pekerjaan) yang telah ditandatangani menjadi undang-undang oleh Presiden AS Joe Biden.

Sebanyak USD2.5 bilion (~RM10.5 bilion) diperuntukan bagi membeli bas sekolah elektrik untuk daerah sekitar AS.

GML yang turut tersenarai pada bursa Hong Kong, mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam mereka bentuk dan mengeluarkan koc dan memasang bas.

Projek terkenalnya baru-baru ini termasuklah Transit Aliran Bas Iskandar Malaysia, bas bandar elektrik pertama Sarawak untuk Metro Kuching, dan projek perintis bas elektrik oleh kerajaan Sabah untuk pengangkutan awam.

Syarikat ini juga juga telah membekalkan bas untuk bas Go KL, Rapid KL, Rapid Penang dan bas pengantara MRT selama 13 tahun yang lalu.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu anda boleh lihat lagi bas elektrik yang telah menjalankan ujian rintis di sekitar Johor melalui pautan di bawah.

Sudah 3 Bulan Dipandu Uji, Bas Elektrik Di Johor Berjaya Curi Tumpuan Orang Ramai

Johor Laksanakan Ujian Rintis Bas Elektrik Buatan Tempatan Dan Antarabangsa Selama Tiga Bulan