Wabak coronavirus yang telah menyerang 400,000 orang di seluruh dunia telah mula beralih arah ke bahagian barat selepas keadaan dilaporkan reda di bahagian China, namun di bahagian eropah Itali dan Sepanyol terjejas teruk dengan wabak ini.

Bagi Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat, Mike Pompeo, beliau percaya bahawa ada beberapa maklumat penting disembunyikan oleh China – tempat di mana lahirnya wabak COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau turut mengkritik negara komunis tersebut dengan cara kerja mereka yang tidak membantu dunia dalam memberikan beberapa maklumat penting yang diperlukan bagi menangani wabak COVID-19.

Dalam satu wawancara dengan program radio Washington Watch, Pompeo mengulangi tuduhan yang pernah dilontarkan kepada China dengan menyatakan bahawa negara tersebut memilih untuk menyembunyikan beberapa fakta penting berkenaan wabak ini.

“China masih menolak memberi informasi yang diperlukan dunia bagi mencegah wabak yang lebih lanjut atau sesuatu kejadian seperti ini terjadi lagi,” kata Pompeo.

Pompeo turut berkata bahawa China ‘telah dan terus terlibat dalam’ kempen untuk menyebarkan teori konspirasi yang menuduh AS terlibat dengan penyebaran wabak ini.

Sebelum ini, jurucakap Kementerian Luar Negeri China telah menyerang pentadbiran Presiden Donald Trump dengan mencadangkan di Twitter bahawa tentera AS bertanggungjawab membawa virus itu ke Wuhan.

Amerika Syarikat mencatatkan 7,676 kes baharu semalam, menjadikan angka besar kes COVID-19 di sana adalah 67,730. Manakala AS juga mencatatkan 196 kematian semalam.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Datuk Bandar Di Itali Bertukar Nada Gangster, Nasihat Penduduk Yang Masih Berdegil

Tidak Cukup ‘Tangan’ Lawan COVID-19, Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam

Redha ‘Dihina’ Masyarakat, 2 Jemaah Tabligh Seri Petaling Buka Cerita Sebenar

Sumber