Sebut sahaja nama Amin Idris atau mesra disapa Bro Amin pasti hampir semua orang sudah mengenali beliau, seorang pakar motivasi dan pengacara bagi program bual bicara berunsurkan ‘dakwah santai’.

Bersempena bulan Ramadan ini, Bro Amin bersama Sarah Suhairi dan Man Raja Lawak telah dijemput oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk mengacarakan satu program bual bicara iaitu Borak Dulu #Baru Buka yang bersiaran secara langsung sepanjang Ramadan pada jam 7.00 malam di TV1.

Program tersebut juga mengundang tetamu jemputan khas untuk bersama-sama membincangkan serta memberi pencerahan bagi setiap topik yang dibincangkan. Tambah menarik, para penonton juga boleh bertanyakan soalan secara panggilan video semasa ia bersiaran langsung.

Dalam pada bergelak tawa, tular sejak semalam satu video di media sosial yang memperlihatkan Bro Amin menangis setelah melihat anaknya, Nurul Iman Qistina Amin membuat panggilan video untuk sesi bertanyakan soalan bersama penonton semasa program tersebut bersiaran secara langsung.

Pada awalnya, Bro Amin tidak perasan bahawa itu merupakan anaknya kerana pihak produksi sengaja memberitahu bahawa nama pemanggil adalah ‘Wardah’.

“Daddy apa khabar? Rindu kakak tak? Kakak rindu daddy ni,” luahan Qistina kepada ayahnya.

“Rindu kakak eh?” balas Bro Amin sambil tertanya-tanya siapakah gerangan si pemanggil.

Seketika kemudian, Bro Amin terperanjat setelah mula perasan bahawa pemanggil tersebut rupa-rupanya anak beliau sendiri. Difahamkan, Bro Amin sudah lama tidak berjumpa dengan anaknya yang kini berada di asrama. Sayu kedengaran suara Bro Amin sambil menitiskan air matanya kerana terlalu merindukan anaknya.

“Kakak jangan nangis, nanti daddy pun menangis.

“Kakak jaga diri baik-baik. Insya Allah nanti kakak balik kita berbuka puasa dan terawikh sama-sama,” kata Bro Amin sambil menjatuhkan tangisan kerinduan.

Begitulah tulusnya kasih sayang seorang ayah seperti yang dipamerkan oleh Bro Amin kepada anak perempuannya. Berharap sifat Bro Amin ini dapat dijadikan contoh yang terbaik buat mereka yang bergelar ayah di luar sana.

Wanita ini terkilan kerana tidak dapat merentas negeri untuk bertemu dengan ayahnya. Klik pada pautan di bawah untuk membacanya.

Wanita Ini Terkilan Hasrat Rentas Negeri Untuk Bantu Ayah Terbantut Kerana ‘Bukti Tidak Kukuh’

Sanggup Suap ‘Vape’ Kepada Bayi Dan Rakam, Tindakan Wanita Ini Buat Netizen Berang

Tekanan Hidup Di Musim Wabak, 902 Kes Keganasan Rumah Tangga Direkodkan Awal Tahun 2021