Amir Pelukis, 31 tahun, atau nama sebenarnya Amir Hakim bin Syed Abdul Hamid, berasal dari Batu Pahat, telah mula melukis sejak kecil lagi. Semasa dibesarkan di sebuah kampung di Thailand, beliau sering melukis di atas tanah, sebelum pulang ke Malaysia pada umur 9 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semasa bersekolah, beliau sering menyertai pertandingan melukis dan sangat meminati kelas pendidikan seni. Pada tahun 2013, beliau mula melukis komik secara serius di bawah nama Ahyat Pelukis, selain melukis buku kanak-kanak dan potret famili di peringkat antarabangsa.

Pada bulan Ramadhan ini, Amir Pelukis telah melukis beberapa strip komik yang mencuit hati.

Beberapa siri komiknya termasuklah ‘Kebahagiaan Adalah…’, ‘Saya Nak Kaya Kerana…’ dan strip komik tentang beribadah. Ikuti komik-komik beliau yang menarik di bawah:

Siri ‘Kebahagiaan Adalah…’

Saya setuju (dan lagi bagus, tidak membazir!).

Aah, kuih klasik yang disayangi ramai.

Memang seronok pergi terawih beramai-ramai.

Siri ‘Saya Nak Kaya Kerana…’

Bagus sangat cita-cita.

Cara paling baik untuk belanjakan duit.

Untuk anak bini juga.

Siri Beribadah

Makanlah yang halal dan suci.

Ingatlah mereka yang kesusahan.

Menariknya, sempena 10 malam terakhir ini, Amir Pelukis menawarkan doodle percuma kepada mereka yang berzakat dan bersedekah kepada yang memerlukan.

Hanya ikuti 3 langkah di bawah:

Dan ini adalah contoh doodle yang anda akan dapat.

Comel, kan? Kami pasti anda sudah bayar zakat dan bersedekah. Bolehlah dapatkan doodle comel ini melalui Facebook page Kongsi Nilai.

Selamat beramal.

BACA: Pelukis Komik Ini Gagal Di Sekolah Tapi Karya Beliau Terjual Lebih 10 Ribu Naskah

BACA Lagi: Lihat Apa Yang Ada Di Dalam Taman Tema ‘One Piece’ Ini

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram