Usaha dan pengorbanan yang ditanggung semenjak 2014 amat berbaloi apabila Mohd Amirul Afiq,24, berjaya menjadi warganegara Malaysia ke-3 yang bergelar graduan Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA).

Jejaka yang berasal dari Negeri Sembilan ini berkongsi berita gembira di laman Twitter beliau semalam dengan memuat naik gambar berserta ucapan penghargaan terima kasih buat ibu beliau. Menurut beliau semenjak tahun 1959, seramai 6 orang pelajar Malaysia diterima masuk ke USAFA dan hanya 3 orang berjaya bergelar graduan termasuk dirinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/amirulafeqq/status/999572839983407104

Dalam thread di Twitternya, beliau menceritakan kisah hidupnya yang membesar dalam serba kekurangan sehinggakan beliau sekeluarga sering menerima cemuhan dari masyarakat sekeliling. Namun kekurangan yang dihadapi bukanlah menjadi penghalang untuk beliau berusaha untuk mengejar cita-citanya malah beliau bersyukur apa adanya.

https://twitter.com/amirulafeqq/status/999715047365533696

https://twitter.com/amirulafeqq/status/999719578044325890

https://twitter.com/amirulafeqq/status/999719581303193600

Beliau turut berkongsi latar belakang pendidikannya yang cemerlang bermula daripada keputusan UPSR yang berjaya memecahkan rekod keluarganya apabila beliau berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A. Berbekalkan keputusan yang cemerlang, beliau berjaya menempatkan dirinya di sekolah berasrama penuh SM Sains Hulu Selangor.

Beliau terus cemerlang dalam pendidikannya apabila mendapat keputusan cemerlang untuk PMR dan SPM pula. Bukan itu sahaja, beliau berjaya menempatkan dirinya dalam kedudukan 20 terbaik untuk Ujian Bahasa Perancis, Diplome d’etudes en langue francaise (DELF A1).

Beliau berharap kejayaannya mampu memberi inspirasi kepada anak muda diluar sana untuk terus mengejar cita-cita dengan usaha sendiri. Tahniah Amirul Afiq!