Sekumpulan penunggang motosikal yang menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan telah bertindak mengepung sebuah kereta BMW dan memukul pemandunya.

Kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu berhampiran Econsave Muar, Johor dilaporkan terjadi selepas pemandu BMW terbabit telah melanggar salah seorang penunggang motosikal yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kereta BMW yang dipandu oleh seorang doktor, dilaporkan bertembung dengan penunggang motosikal pada sekitar jam 8 malam sehingga menyebabkan penunggang motosikal terbabit cedera manakala bahagian depan kereta BMW kelihatan rosak teruk.

Seorang pejalan kaki yang menyaksikan kejadian tersebut mengatakan bahawa dia melihat sekumpulan penunggang motosikal mengepung pemandu terbabit dan mula memukulnya.

Pemandu BMW tersebut berjaya melarikan diri dari dipukul dan memandu keretanya jauh dari tempat kejadian, namun berlaku pula aksi kejar mengejar di antara penunggang motosikal dan pemandu BMW sebelum disedari oleh pihak berkuasa yang berada di sekitar tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip, berkata polis menerima laporan mengenai kemalangan kereta. Namun ketika mereka sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal terbabit sudah meninggalkan tempat kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sebelum ini, satu kes pergaduhan telah berlaku di Kuala Lumpur melibatkan sekumpulan remaja. Klik pada pautan di bawah.

Dua Kumpulan Mat Rempit Bergaduh Besar Cetus Kekecohan Di Dataran Merdeka

Drama Jiran Bergaduh Tentang Seluar Dalam Siapa Berakhir Dengan Belanja Makan KFC

Adik Perempuan Ikut Kumpulan Bermotosikal Jadi Punca Gaduh Di Dataran Merdeka