Masa anak aku ambil peperiksaan untuk masuk darjah 1, cikgu dia beritahu yang dia ini menulis terbalik dan ada masalah berkaitan. Mungkin dyslexia, kata cikgu.

Aku dengar je mulalah risau. Risau takut dia terkebelakang dalam akademik berbanding kawan-kawan dia. Takut dia lambat catch up apa yang cikgu ajar.

Jadi cikgu pun syor untuk dapatkan rawatan di PPUM. Rawatan ni berkala. Rasanya dah dekat setahun kami sekeluarga jalani rawatan tu. Sekarang pun masih belum habis lagi.

Kata doktor, anak awak ni mild dyslexia. Dyslexia ni ada jenisnya juga. Anak tu akan jadi slow atau hyperactive sampai boleh panjat dindinglah.

Kalau nak dapatkan rawatan di swasta pun boleh juga. Di Subang Jaya.

Masa mula-mula dengar tu aku kecewa juga. Memang tak boleh nak sorok perasaan tu. Namun, anggap je lah sebagai dugaan. Anak dyslexia ni dia agak sensitif. Ada benda yang boleh dan tak boleh dibuat kepada dia.

Bersama isteri yang banyak mengorbankan masa untuk menjaga dan mendidik anak-anak.
Bersama isteri yang banyak mengorbankan masa untuk menjaga dan mendidik anak-anak.

Untuk tidak menjadikan dia terlalu sensitif, aku biarkan je buat apa yang dia suka. Daftarkan juga dia apa-apa kelas yang dia minat.

Sebenarnya, aku sendiri tak tahu bila dia belajar. Sebab dia lebih banyak main.

Balik sekolah terus tengok Astro 611. Layan kartun. Layan Tobot dan seangkatannya.

Dah puas kartun, main Gundam pula. Itulah kerja dia. Tapi bagus juga. Sekurang-kurangnya Gundam buatkan otak dia lebih berfikir.

Masa nak periksa pun aku taklah beriya sangat paksa dia belajar. Cuma yang pasti mak dia mengajar dia malam sebelum periksa bagi setiap subjek.

Aku pun tak mengharap dia score sebab tak nak paksa dia memandangkan dah tau dia ada dyslexia. Dia hidup sihat pun dah cukup bahagia bagi aku.

Tetapi keputusan periksa dia yang terbaru ni betul-betul buatkan kelopak mata aku hangat. Tetiba rasa bangga sangat dengan dia.

Nombor 1 dalam kelas dan nombor 1 daripada 251 keseluruhan murid-murid sedarjah dengan dia dengan markah 99.17%. Sikit je lagi nak 100%.

Aku sendiri pun tak pernah dapat nombor 1 dalam kelas hehe.

Gaji hujung bulan ni, kopak jugalah poket aku RM300 sebab sebelum ni aku cabar dia kalau dia dapat nombor 1 dalam kelas, aku nak bagi dia RM300. Belilah apa saja mainan yang dia suka.

Tak sangka dia betul-betul buat! Bukan setakat nombor 1 dalam kelas tapi juga nombor 1 keseluruhan.

Percayalah… setiap dugaan itu menjadikan kita lebih kuat.

Buat ibubapa yang mempunyai anak dyslexia, anak kita istimewa. Walaupun dia lemah di satu sudut tapi dia kuat di satu sudut yang lain, InsyAllah.

Keputusan anak yang buat aku tersentuh.
Keputusan anak aku.

Berbanggalah dengan mereka.

BACA: 12 Keistimewaan Jadi OKU Berdaftar Dan Bagaimana Mendapatkannya