Gelombang apps dari Apple dan Android melanda dunia dengan sebegitu hebat.

Boleh dikatakan, kemahiran bertutur dalam bahasa komputer menjadi kelebihan pada anak-anak kita padamasa akan datang.

Kini, sebuah program yang dipanggil ‘Hour of Code’ telah dilancarkan dan ia telah dicuba oleh lebih 48 juta orang kanak-kanak di seluruh dunia.

Ia sebuah program percuma yang mengajar computer programming dengan cara yang mudah, menarik dan yang penting adalah, ia percuma.

Anda boleh cuba programkan Anna dan Elsa dari animasi Frozen, applikasi apps telefon seperti Lightbot atau buat game sendiri dengan Bitsbox.

Dah bersedia nak ajarkan anak anda buat game Frozen ?

Lihat video ini dulu.

https://www.youtube.com/watch?v=l1ZBbgSIvZ8

Mark Zuckerberg sendiri mengatakan, “Dalam tempoh 15 tahun lagi, kita (sekolah) akan ajarkan ilmu programming sama seperti ilmu membaca dan menulis. Kenapa tidak belajar lebih awal ?”.

Mahu ?

Sertai program tutorial Hour of Code ini.

Apabila anda berjaya menyelesaikan tutorial programming, anda akan dianugerahkan sekeping sijil graduasi.

Saya dah berjaya. :)

Tunggu apa lagi ? Klik link Hour of Code sekarang.

p/s : Untuk yang mahu jamming di rumah, apa kata lihat ini juga.

Sumber : Mashable

Like page The Vocket di Facebook