Jangan cepat melenting apabila hanya membaca tajuk post ini. Ini sebenarnya adalah satu eksperimen ke atas senario yang sering berlaku kepada keluarga yang mempunyai anak autisme dan dibawa ke tempat awam. Di dalam senario ini, sebuah keluarga makan tengah hari di restoran bersama anak lelaki mereka yang mempunyai autisme. Apa jua yang dilakukan oleh anak lelaki itu telah diajar oleh pakar kelakuan autisme untuk eksperimen ini seperti ambil makanan dari pinggan orang lain, menjerit, dan bersuara kuat sambil mengulang perkataan yang sama bagi melakonkan watak sebenar anak autisme.

Tujuan eksperimen ini adalah untuk mengenalpasti apakah respon pengunjung restoran yang lain ke atas senario tersebut seperti ini:

https://www.youtube.com/watch?v=gsfnZVaAT5Q

Apakah pendapat anda? Adakah anda pernah alami senario seperti ini? Kongsikan bersama kami di sini atau share artikel ini bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia.

LIKE Facebook THE VOCKET untuk ikuti lebih banyak artikel menarik. Anda juga boleh menghantar kisah menarik anda dengan KLIK SINI.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group