Pada tahun 2021 lalu nama Zameer Pentbrush menjadi bualan ramai apabila memperlihatkan ‘Vespa Ghapoor Dior’ yang diinspirasikan daripada model ‘Vespa 946 Dior’.

Terbaharu, Zameer dan anak-anaknya telah berkongsi ‘hasil karya’ terbaharu mereka dengan menjadikan sebuah sportcar McLaren MP4 12-C nampak seperti lukisan Jepun ala-ala manga berjudul Initial D, Wangan Midnight, Zero Angel dan My Favourite Carrera.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

McLaren itu yang asalnya mempunyai tiga warna utama oren, putih dan kelabu cair ditambahkan lukisan outline oleh Zameer dan anak lelaki dan perempuannya, sekaligus yang menampakkan kereta tersebut seperti kereta kartun.

Hasil kerja yang kreatif itu telah mendapat pujian daripada netizen. Nyata orang ramai lagi ‘ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi’ kerana anak-anak Zameer juga mampu melukis secantik bapanya juga.

Sumber Gambar: FB Zameer Pentbrush
Sumber Gambar: FB Zameer Pentbrush
Sumber Gambar: IG @zameer_pentbrush

Ada tiga buah lagi kereta berwarna putih turut mendapat hasil sentuhan rekaan lukisan sama iaitu Nissan FairLady, Audi TT dan Toyota Vellfire.

Selain melukis pada kereta, Zameer juga menyediakan perkhidmatan untuk menghias motosikal, topi keledar, trak lori dan pelbagai lagi.

Antara nama-nama besar yang yang pernah memiliki hasil seni kreatif Zameer adalah Ustaz Azhar Idrus dan bekas Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Anda boleh lihat sedikit video behind the scene yang dikongsikan oleh Zameer melalui TikTok miliknya di bawah.

@zameerpentbrush

Melentur buluh biarlah dari rebungnya,ni buluh dh besar betis nk lentur mcmne lg kn.. Xpe jgn takut,i backup u kt blkg .. #cartooncar #zameerpentbrush

♬ original sound – Zameerpentbrush – Zameerpentbrush