Sebuah syarikat rantaian makanan segera China telah disaman oleh anak perempuan Bruce Lee di atas penggunaan imej bintang seni mempertahankan diri.

Shannon Lee menuduh Real Kungfu menggunakan imej ayahnya sebagai logo syarikat tanpa kebenaran.

Beliau mahu rantaian makanan segera mengeluarkan gambar dan dilaporkan mahu menyaman sehingga RM94 juta.

Restoran terbabit dikhabarkan menggunakan hujah bahawa logo terbabit telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Syarikat telah memohon dan memperoleh kebenaran selepas pemeriksaan ketat oleh agensi cap dagang kebangsaan, kami telah menggunakannya selama 15 tahun,” kata syarikat itu dalam kenyataan yang disiarkan di platform Weibo China.

“Kami keliru bahawa selepas bertahun-tahun, kini kami dituduh.”

Kes ini mungkin memakan masa yang lama memandangkan kerajaan China pada tahun-tahun kebelakangan ini berjanji untuk meningkatkan perlindungan hak harta intelek.

Anda sudah menonton filem Ip Man baharu yang menampilkan Bruce Lee? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tonton Trailer Terbaru Ip Man 4: The Finale Menampilkan Bruce Lee Dan ‘Yuri Boyka’

Kisah Perlawanan Penting Bruce Lee Dalam ‘Birth Of The Dragon’

Adidas Iniki BOOST Akan Hadir Dengan Warna ‘Bruce Lee’

Anda Mungkin Suka