Tak ramai tahu yang negara ada satu kisah yang cukup menyayat hati, kisah pengorbanan dua anggota tentera bukan Melayu yang dibunuh anggota komunis dalam satu pertempuran yang sama demi mempertahankan Malaysia yang tercinta.

anak-cina-1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada 11 Januari 1974, KAPTEN SHANMUGANATHAN AL E.RAMPOO telah mengetuai 22 anggota tentera dari 5 Renjer ke Sungai Liang, Raub, Pahang untuk menjejaki pengganas komunis.

Turut bersamanya dalam kumpulan itu, adalah seorang anak Cina, RENJER ISA HASAN (dia dibela dari kecil oleh bapa tirinya orang Melayu). Mereka kemudian terlibat dalam pertempuran di mana kumpulannya berjaya membunuh beberapa anggota komunis di atas bukit.

Ketika hendak memeriksa mayat anggota komunis yang ditembak, malang menimpa bila Kapten Shanmuganathan ditembak seorang anggota komunis yang bersembunyi. Dalam kesakitan yang amat sangat, dengan tubuhnya ‘disirami’ darah, beliau telah berkata;

“Tolong jaga anggota saya. Saya dah tak berdaya lagi dah.” Dengan nafas yang tersekat-sekat sebelum meninggal dunia.

Sambil itu, anggota komunis tadi terus menembak ke arah mendiang Kapten Shamuganathan.

Baca: Pembunuhan Jalil Ibrahim Yang Pernah Mendapat Perhatian Dunia Ini Masih Menjadi Misteri

anak-india-1

Bila mendengar kata-kata itu, dan bila melihat pegawainya terus diserang, Renjer Isa telah meluru ke arah Kapten Shamugananthan. Dia mahu melindungi tubuh pegawainya dan sanggup menjadi ‘perisai’ daripada membiarkan tubuh pegawainya itu daripada terus dimamah peluru musuh.

Namun akhirnya Renjer Isa juga gugur bila dia juga berjaya ditembak mati oleh pengganas komunis. Ketika ditemui, kedua-dua mayat mereka melintang/ bertindih antara satu sama lain. Allahuakbar!

Di atas keberanian luar biasa itu, Yang Dipertuan Agong ketika itu (juga Agong sekarang) Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah menganugerahkan kedua-dua mereka dengan pingat PANGLIMA GAGAH BERANI (PGB) pada 4 Jun 1975.

Mendiang Shanmugananthan diwakilinya ayahnya manakala Allahyarham Isa diwakili oleh abangnya, Hussin Lee Long.

Anda pernah dengar kisah ini, saya jamin tak pernah. Siapa kata bukan Melayu tak sayang Malaysia, siapa kata bukan Melayu suka komunis?

Malangnya sejak akhir-akhir ini ramai ‘tertipu’ kononnya komunislah wira, komunislah hero. Ini kerana kita tidak tahu kisah-kisah sebegini. Di mana salahnya?

Baca lagi: Battle Of Bakara Versi Tentera Malaysia Dedah Insiden Sebenar Black Hawk Down