Baru-baru ini, Rozita Che Wan meluahkan kemarahannya apabila ada netizen yang mengecam anaknya Aaisyah Dhia Rana yang gemar bersolek dan berdandan walaupun masih kanak-kanak.

Menerusi perkongsian Rozita Che Wan di Instagram, Aaisyah sememangnya gemar bersolek dan anaknya itu sama seperti kanak-kanak lain yang akan mengamuk serta menangis sekiranya dilarang melakukan sesuatu yang disukainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/Cf5PWupBi0B/

Tambahnya, perkara itu tidak perlu diperbesar-besarkan kerana apa yang dilakukan Aaisyah adalah minat peribadi anaknya. Tambahnya, minat anaknya itu diwarisi daripada dirinya yang sememangnya dari dulu suka berhias cantik.

“Yang komen semua guna akaun palsu. Sekali libas guna bulu mata saya yang setebal tujuh petala langit ni baru tahu. Karang tak ‘letup’, kata tak pandai jaga anak.

“Kalau ‘letup’ sangat kata kasihan zaman budak-budak. Macam kalian dulu-dulu waktu kecil suka mandi sungai. Mak ayah larang pun, tetap terjun sungai kan. Begitulah anak saya,” luahnya.

Sebelum ini, Rozita Che Wan pernah dikecam kerana membiarkan anaknya itu berdandan seperti orang tua dan memakaikannya dengan barangan kemas.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Didakwa Miliki Pelbagai ‘Pantang Larang’, Segelintir Netizen Kecewa Dan Kritik Hasil Inai Neelofa

Tenang Dan Bersahaja, UAI ‘Speaking’ Dengan Minah Saleh Tentang Ibadah Korban Raih Perhatian Netizen