Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seekor anak gajah berusia 8 bulan telah terjatuh di dalam telaga besar. Ibunya berusaha menarik keluar anaknya itu tetapi usahanya gagal. Kemudian, sebuah jip mengusir ibu gajah dari kawasan tersebut. Terkontang-kanting anak gajah di dalam telaga itu. Dia tetap berusaha mahu keluar, lalu tergelongsor ke dalam telaga tersebut semula. Semua itu diperhatikan oleh sekumpulan orang.

Apakah yang bakal terjadi? Ketahuinya dengan menonton video yang menyayat hati ini:

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Sekumpulan orang itu ialah kumpulan dari Amboseli Trust for Elephants di Kenya. Mereka terpaksa menghalau ibu gajah itu agar dapat membantu anak gajah tersebut. Agak bahaya membantu anak gajah ketika ibu gajah masih ada di persekitaran. Ia boleh jadi mengamuk dan mencederakan ahli kumpulan tersebut.

o-BABY-ELEPHANT-RESCUE-facebook

Setelah ibu gajah dihalau pergi, barulah mereka berusaha menyelamatkan anak gajah tersebut dengan menggunakan tali dan Land Rover dari lubang telaga sedalam 1.5 meter tersebut. Walaupun kejadian ini telah berlaku pada 8 Oktober 2012 yang lalu, kami mahu kongsi bersama anda detik-detik pertemuan semula anak gajah dengan ibunya itu yang begitu menyayat hati kita.

“Relief! Rescues where family members are around are stressful, and I’m always happy when everyone is safely back in the cars. And I have to admit that the reunions always bring a tear to my eye. The intensity of their affection for each other is one of the things that makes elephants so special,” kata Fishlock yang telah menarik anak gajah dengan Land Rover

Walaupun Land Rover Fishlock hampir di duduk oleh ibu gajah tersebut semasa cubaan menjauhkannya dari tempat anak gajah jatuh, ibu gajah seperti memahami situasi yang telah berlaku.

“After the video we cut the engines. She didn’t charge us, she didn’t run away. Eventually after five minutes they just walked out. I think she did understand,” kata Fishlock. “I certainly felt like she had forgiven us for our very impolite behavior.”

Sumber: Huffington Post

LIKE Facebook The Vocket disini

Anda Mungkin Suka