Ketika melewati berita-berita di dinding muka buku kami terbaca artikel ini. Anak comel yang kaya semangat ini menarik perhatian kami.

Ini apa yang dikongsikan oleh penulis asal.

Durian Cheese Pizza 2
HYPE
Netizen Teruja Dengan Rasa Unik ‘Durian Cheese Pizza’
Baca lagi →

PRIHATIN | Adik Aisyah Wajar Dicontohi

Hari ini Aqsa Syarif menerima kunjungan adik Aisyah yang ditemani ibunya, Puan Adliza dan adiknya yang ingin menyampaikan sumbangan yang telah beliau kutip sejak Hari Raya Aidilfitri.

Alhamdulillah berkat usaha ikhlas adik Aisyah, beliau berjaya mengumpul RM 1,738 untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin!

Menurut ibunya, adik Aisyah telah membuat sendiri tabung untuk tujuan ini.

“Aisyah cakap dia nak bantu rakyat Palestin khususnya kanak-kanak, wanita & orang tua yang terdesak selepas serangan Israel semasa Ramadhan tempoh hari,” ujar ibunya lagi.

Dalam kunjungan ini, adik Aisyah juga cuba mendapatkan maklumat keadaan terkini di Gaza serta bagaimana sumbangan rakyat Malaysia diuruskan oleh Aqsa Syarif Berhad.

Aqsa Syarif sangat terharu dan mengagumi semangat dan kematangan adik Aisyah. Tahniah kepada kedua ibu bapa adik Aisyah kerana berjaya menanam rasa prihatin yang tinggi dalam diri anak gadis mereka. InsyaAllah perjuangan ini bakal di sambung oleh adik Aisyah dan generasi beliau di masa hadapan.

#‎AdikAisyahOsem‬

Teruskan menyumbang kepada rakyat Palestin melalui Aqsa Syarif. [IY]

Wan Luqman Al Jundiy Al Majhul

————————————————

Berita ini kami petik daripada page Aqsa Sharif. Masih ramai insan di luar sana yang berhati mulia dan bersemangat waja seperti si comel Aishah dalam memperjuangkan isu sejagat ini.

Anda Mungkin Suka