Seorang kanak-kanak meninggal dunia dipercayai didera oleh ibu dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya, Melaka.

Mayatnya ditemui di dalam tong air dirumahnya dengan kesan cedera dan lebam di anggota badan selepas seorang lelaki melaporkan bahawa anaknya lemas kepada Bilik Gerakan (DCC) JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi siasatan di tempat kejadian, polis mendapati bahawa ada kesan lebam serta kecederaan di anggota badan kanak-kanak tersebut.

Screenshot-2021-01-30-at-10.38.35-AM

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa dicederakan. Susulan itu, ibu dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun ditahan.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman kepada Harian Metro.

3 Bulan Di Ambil Dari Keluarga Angkat

Anak yang meninggal dunia tersebut, Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7 tahun sebelum ini pernah mendapat perhatian media tempatan pada Oktober tahun lalu apabila video perpisahannya dengan keluarga angkat tersebar luas.

Difahamkan bahawa dia sebelum ini dijaga oleh keluarga angkat setelah ibu kandungnya sedang menyambung pengajian dan belum mampu untuk menyara anaknya.

2-7
Ibu angkat Amir

 

Apabila ibu angkatnya, Norlida Hassan mengetahui bahawa kejadian ini, dia merasa sedih apabila kematian anak angkatnya disebabkan kekejaman manusia.

Bercakap kepada Harian Metro, beliau menyatakan bahawa Amir sudah dijaga daripada kecil dan tiada langsung rasa beban dari dia mahupun keluarga, malah mereka bersyukur diberi peluang menjaga anak seperti Amir.

Dia turut menambah bahawa pemergian Amir jelas memberi kesan kepada keluarganya, “tidak kasihan ke individu itu kepadanya,” katanya.

Terdahulu, seorang pengawal keselamatan Nepal dipercayai didera. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pengawal Keselamatan Nepal Didera Warga Tempatan, Kedutaan Nepal Buat Laporan Polis

Keprihatinan Lelaki Ini Bantu Selamatkan Remaja OKU Daripada Terus Didera Ibu Kandung

‘Nak, Maafkan Mama Ya?’ – Kisah Anak 10 Tahun Yang Diseksa Oleh Ayah Dan Dibuang Oleh Ibu