Hasselblad Masters adalah satu pertandingan gambar yang sangat berprestij untuk jurugambar professional dari seluruh dunia. Pemenang untuk setiap kategori yang dipertandingkan dipilih berdasarkan undian oleh orang awam dan juri professional yang dipilih sendiri oleh Hasselblad.

Setiap pemenang pertandingan ini akan memegang title Hasselblad Master dan akan menjadi duta jenama kamera ini selama dua tahun. Lebih menarik, setiap pemenang akan dihadiahkan satu kamera Hasselblad medium format untuk kegunaan mereka dan dijemput untuk merakam satu projek khas bersama Hasselblad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam 11 kategori yang dipertandingkan, terdapat seorang anak Malaysia yang berjaya memenangi salah satu kategori Hasselblad Master ini. Pemuda dengan nama Nabil Rosman yang berasal dari Kota Bharu,Kelantan telah memenangi kategori Project melalui penyertaannya, ’21’.

HasselBled 2
Antara gambar pertandingan Nabil Rosman dalam siri ’21’

Ianya satu pencapaian yang sangat hebat kerana menurut Pengurus Pemasaran Hasselblad, Bronius Rudnickas mereka menerima penyertaan lebih 30,000 gambar tahun lalu dan proses pemilihan dilakukan secara satu persatu supaya tiada gambar yang akan terlepas pandang.

Setiap pemenang akan diterbangkan ke majlis Photokina 2018 yang akan berlangsung di Cologne, Jerman untuk menerima anugerah, kamera serta trofi. Artikel lanjut tentang Nabil dan projek ’21’ ini akan kami paparkan esok.

dan di bawah adalah antara gambar yang dirakam Nabil sebelum ini. Tahniah diucapkan kepada Nabil!

https://www.instagram.com/p/BZ3IlD5hEth/?taken-by=nabilrosman

https://www.instagram.com/p/BZn0HfyhX5g/?taken-by=nabilrosman

https://www.instagram.com/p/BZLmp_7h-zZ/?taken-by=nabilrosman