Difahamkan, anak kembar kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona telah berangkat ke United Kingdom (UK) untuk menyambung pengajian selama tiga tahun semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook, Azhar telah berpesan kepada kedua-dua anaknya untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikan solat lima waktu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, Azhar mengatakan dirinya tidak berasa sedih kerana mungkin sudah terbiasa melihat mereka mengembara ke seluruh dunia sebab sertai event Jamboree Pengakap atau Girl Guides Dunia sejak kecil.

Tidak hanya itu, Azhar dilihat sempat berseloroh agar anak perempuannya itu nanti pulang dengan imej baru memandangkan cuaca di sana sejuk tidak seperti di Malaysia. Dikhabarkan, Andika melanjutkan pelajaran dalam jurusan Undang-Undang Maritim manakala Leona pula bidang Pengurusan.

https://www.tiktok.com/@leonsmeonss/video/7144557123282717978?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594

Menjengah ke TikTok Leona, dirinya dilihat menangis tanpa henti dan mengakui masih belum bersedia untuk memulakan kehidupan baharu di UK. Tambahnya, dia juga sangat sedih mahu tinggalkan keluarganya di Malaysia.

Para peminat Leona dilihat memberikan kata-kata semangat buat Leona dan mendoakan agar nanti Leona pulang membawa kejayaan.