Anak lelaki mendian Steve Irwin, Robert Irwin sememangnya seorang pencinta haiwan persis ayahnya semenjak beliau kecil lagi. Jadi tidak hairanlah mengapa Robert mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah ayahnya dan kini sedang menguruskan sebuah zoo bersama ibu dan kakaknya.

Minat Robert tidak terhenti disitu sahaja, beliau menyatukan minat dan kemahiran yang dimilikinya dengan merakam gambar-gambar detik menarik haiwan disekelilingnya. Terbaharu melalui perkongsian gambar di Instagram yang menunjukkan karyanya sehingga berjaya dinobatkan sebagai ‘Wildlife Photographer of the Year’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya gambar tersebut berjaya dirakam ketika dirinya melawat ke kawasan terpencil di utara Queensland, Australia. Kini gambar tersebut terpilih untuk dipaparkan di Natural History Museum, London.

Robert meluahkan rasa bangga dan terharu atas penghargaan oleh para juri dan diiktiraf sebagai jurugambar hidupan liar paling berprestij di dunia.

Anda boleh mengikuti perkembangan dan gambar terbaharu melalui laman Instagram Robert Irwin.