Bagi peminat seni dan lukisan, ini mungkin bakal memberi inspirasi buat anda. Satu-satunya pelajar Malaysia yang sedang mendalami pengajian Master in Fine Arts, Painting di Pulau Jeju, Korea Selatan telah berjaya merealisasikan impian beliau untuk mengadakan pameran solo.

Beliau yang saya maksudkan adalah Puan Adi Sakinah Omar yang merupakan pelajar di Jeju National University. Pameran yang berlangsung bermula daripada 18 Feb – 23 Feb 2017 ini menampilkan lukisan hasil sentuhan Sakinah sejak beliau mula belajar di universiti ini sehingga kini.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

Lokasi pameran adalah di Seong Ahn Art Gallery, Jeju City, Jeju Island dengan tajuk ‘A Walk In The Garden Of Souls’, memaparkan hasil lukisan daripada oil on canvas. Harga setiap lukisan adalah antara RM800 ke RM12,000.

Untuk pengetahuan, Sakinah merupakan satu-satunya pelajar Malaysia yang menetap di Pulau Jeju.

Lebih menarik lagi, Sakinah datang ke Jeju tanpa tahu sepatah pun bahasa Korea.

Bagi memastikan pameran solo ini berjaya direalisasikan, Sakinah sanggup bersengkang mata menyiapkan lukisan beliau. Pelajar ini juga pernah tidak tidur beberapa hari agar dapat menyiapkan lukisan sebelum tibanya hari pameran.

Pensyarah beliau juga pernah melancarkan kutipan derma apabila mendapat tahu Sakinah tidak mempunyai duit yang cukup bagi membeli peralatan lukisan sewaktu di awal kemasukan pelajar ini ke universiti.

Hasilnya kini Sakinah telah berjaya menganjurkan pameran solo beliau sendiri. Saya yakin pastinya pensyarah beliau juga berbangga dengan pencapaian Sakinah ini.

Selain daripada itu, Sakinah juga menjalankan perniagaan atas talian, mengajar Bahasa Inggeris secara sambilan dan menjadi pemandu pelancong untuk menampung perbelanjaan pengajian.

Hingga kini perniagaan Jeju Muslim Tour yang dijalankan Sakinah semakin mendapat sambutan di kalangan pelancong Malaysia. Kini Sakinah dibantu oleh suami beliau Shafiq.

Baca kisah percintaan mereka: Kenal Di Friendster Dan Bercinta Jarak Jauh, Kisah Sweet Sakinah Dan Shafiq

 

Sakinah bersama pemilik sebuah hotel yang menjadi pembeli pertama lukisan beliau. Lukisan di atas berjaya dijual kurang sejam selepas pameran berlangsung.

Sakinah bersama sebahagian lukisan yang dipamerkan. Menurut wanita ini, minat beliau terhadap seni telah muncul sejak kecil lagi. Ditambah pula beliau menerima galakan dan dorongan daripada cikgu sewaktu bersekolah di Glasgow.

Sakinah bergambar bersama pelawat yang hadir ke pameran beliau. Di bawah adalah lukisan yang kini berada di dewan pameran.

Jika anda juga berminat untuk mendapatkan salah satu lukisan yang dipamerkan ini, boleh hubungi Puan Sakinah di akaun Facebook beliau. All the best Sakinah!

Anda Mungkin Suka