Sekumpulan saintis tempatan yang diketuai oleh Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani berjaya menghasilkan kit ujian pantas atau ‘rapit test kit’ pertama di dunia yang mempunyai ketepatan sama dengan ujian dilakukan di makmal.

Dia yang sebelum ini berjaya menjadi rakyat Malaysia pertama melancarkan alat sensor deria untuk NASA berkata kit ujian pantas dihasilkannya itu mampu mengesan COVID-19 menggunakan air liur walaupun kepekatan cecair itu hampir 100 peratus kurang berbanding darah.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Tambah anak kelahiran Pulau Pinang terbabit, inovasi dihasilkannya mampu mengesan COVID-19 walaupun air liur individu terbabit tidak mengandungi banyak virus lain pada kadar lebih murah dan cepat.

30234_Figure 2_1440x810

Bercakap kepada Harian Metro, dia mengakui bahawa pada awalnya dia bersama Malaysian Relief Agency (MRA) sedang membangunkan alat bacaan bagi mengesan bakteria berbahaya digunakan ketika kejadian banjir di Kuala Krai, Kelantan pada 2014.

“Bagaimanapun, kumpulan saya mula memikirkan idea untuk bantu memerangi Covid-19, ketika wabak itu melanda seluruh negara. Daripada situ kami cuba inovasikan teknologi digunakan bagi saringan COVID-19,” katanya seperti dipetik di Harian Metro.

Kumpulan saintis ini turut tersenarai sebagai antara 15 finalis bagi Anugerah Komuniti anjuran universiti berprestij Amerika Syarikat (AS), Massachusetts Institute of Technology (MIT) – MIT Solve Challenge.

Selain Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani, antara individu yang bertanggungjawab membina inovasi ini adalah Dr Firdaus Abd Wahab (UIA), Azzmer Azzar Abdul Hamid (UIA), Piravin Raj Barthasarathy, Abdulmohsen Benoudjit (UIA), TS. Dr. Mohd Hamzah (UIA), Iqbal Shamsul (CEO nanoSkunkWorkX), Uswab Solehah Shohibuddin (UIA), Izzat Suffian (UIA).

 

Saya berbangga dengan pencapaian Prof Madya Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim serta pasukannya dari syarikat pemula…

Posted by Khairy Jamaluddin on Monday, 14 September 2020

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif nanoSkunkWorkX Sdn Bhd, Iqbal Shamsul berkata pihaknya sedang mencari dana bagi memasarkan alat berkenaan, selain menyasarkan Malaysia sebagai hab inovasi terbabit.

“Kita masih lagi menunggu maklum balas daripada National Technology & Innovation Sandbox (NTIS), selain mengemukakan rayuan kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang menolak permohonan kami.

“Kita berharap Malaysia mampu menjadi hab penghasilan alat ini kerana ia adalah hasil inovasi anak tempatan, selain sensor strip bagi alat ini boleh dijual pada harga kurang RM4, jika ia dipasarkan secara meluas nanti,” katanya.

Bagi anda yang mahu mengundi, undia boleh dibuat dengan mendaftar di laman sesawang MIT atau klik di sini.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Dari Mencuci Kaca Mikroskop, Kini Jadi Anak Malaysia Pertama Lancar Satelit Ke Angkasa

Tular Perkongsian Bekerja Di NASA, Dr Amani Tampil Beri Penjelasan Sebenar

Capai Kejayaan Cemerlang Di Luar Negara, Ini 5 Tokoh Rakyat Malaysia Yang Mungkin Anda Tidak Kenali

Anda Mungkin Suka