Firdhaus, seorang lelaki berbangsa Melayu berjaya mencuri tumpuan apabila tampil unik dengan menyanyikan lagu di dalam bahasa mandarin.

Tidak cukup dengan itu, video nyanyianya, Gulf Of Alaska telah berjaya memperoleh 170 juta tontonan di aplikasi TikTok di China.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan Sin Chew Daily, lagu ini sangat popular sehingga banyak peminat telah memuat naik versi cover song mereka sendiri di dalam talian.

Dia berkata bahawa dari kecil dia sudah mempunyai minat untuk menyanyi dan mula menulis lagu sendiri sejak dia mendengar nyanyian Jay Chou, artis dari Taiwan.

Lelaki berusia 22 tahun ini dibesarkan oleh keluarga dengan akar tradisional Melayu. Namun dia dihantar ke sekolah Cina sewaktu dia masih kecil.

Tidak hanya dia fasih berbahasa Cina, Firdhaus juga difahamkan menguasai bahasa dan sastera Cina sehingga memberi dia kelebihan untuk menulis di dalam bahasa mandarin.

‘Gulf of Alaska’ adalah sebahagian daripada EP empat lagu artis muda berbakat dari Malaysia ini. Ia mula dikeluarkan pada awal November lalu di bawah Loolala Music, rekod label yang bertapak di Malaysia.

Merujuk kepada ruangan komen di YouTube Chanel beliau, dapat dilihat pelbagai reaksi positif yang diperoleh oleh Firdhaus.

Sebahagian daripada mereka memberi pujian kepada beliau kerana berjaya menguasai bahasa asing dengan baik sekali.

“Buat terkejut juga awak ni Firdaus. Saya tidak kenal anda, tetapi anak Melayu boleh menghasilkan & menyanyikan mandarin dengan cara ini, bukan senang. Ia unik. Terbaik Firdaus! sokong-sokong!” Kata salah seorang pengguna YouTube.

“Rasa bangga dengan anda. Bangga menjadi rakyat Malaysia. Sokongan dari Malaysia! Teruskan usaha yang baik. Semoga berjaya untuk masa depan anda,”

“Jatuh air mata saya bila lagu ini dimainkan,” kata salah seorang pengguna yang lain.

Terdahulu, ramai yang tidak tahu bahawa rangkaian hotel Holiday Villa dibangunkan oleh anak Melayu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ramai Tidak Tahu Rangkaian Hotel Holiday Villa Dibangunkan Oleh Anak Melayu

Tanpa Pelajaran Tinggi, Beliau Berjaya Bangunkan Padini Dan Vincci Hingga Terkenal