Sambutan Hari Belia Negara 2020 (HBN2020) yang tertangguh kira-kira tiga bulan lalu akibat penularan wabak Covid-19, akan berlangsung secara rasminya dalam tempoh satu hari lagi iaitu pada 15 Ogos 2020.

HBN2020 buat julung kalinya bakal dianjurkan di Pusat Konvensyen Persada Johor, Johor Bahru dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Muhyiddin Mohd Yassin selain padat dengan pengisian program intertaktif berbeza berbanding sambutan terdahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KSUKBS), Datuk M Noor Azman Taib berkata, biarpun sambutan Hari Belia Negara 2020 terikat pada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), beliau yakin perincian program diketengahkan mampu menarik perhatian belia di negara ini.

Bertemakan ‘Dekad Ini Dekad Anda’, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendapati ia sejajar dengan peranan dan tanggungjawab belia dalam mencorak negara sehaluan dengan visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Selain itu, katanya sambutan kali ini terdiri daripada campuran program fizikal dan maya. “Sebanyak 17 aktiviti sudah dianjurkan secara maya termasuk program “HBN20 e-Sports Challenge dan Suara Lit (Kisah Belia Berjaya).

“Program secara fizikal pula berjalan sempena sambutan hari berkaitan dan membabitkan dua acara utama iaitu Konvensyen Belia dan Anugerah Perdana Belia Negara bakal disampaikan oleh Perdana Menteri,” terang M Noor Azman.

Sejajar dengan tema yang diketengahkan, M Noor Azman memberitahu Anugerah Wira Belia Covid turut bakal disampaikan kepada enam penerima yang dipilih bersandarkan komitmen mereka dalam membantu negara berperang dengan wabak Covid-19 menerusi aktiviti kebajikan.

Menurutnya, KBS menerima sebanyak 300 pencalonan yang dihantar oleh badan bukan kerajaan (NGO), individu dan persatuan bagi anugerah tersebut.

“Kita telah memilih enam belia untuk diangkat sebagai unsung heroes walaupun sebenarnya ramai lagi di luar sana yang melakukan perkara serupa,” katanya.

Sebelum ini, 3 anak muda dipilih untuk menjadi Felo Perdana di bawah. Menteri Kewangan. Baca lagi pada pautan di bawah.

Terpilih Sebagai Felo Perdana Kementerian Kewangan, Pemuda Ini Rupanya Anak Kepada Dr Noor Hisham

Netizen Bangga Lihat Pelajar Malaysia Ini Berucap Depan 6,000 Orang Pada Hari Graduasi Di Amerika Syarikat

“Pengurusan Kelab Tidak Menyokong, Tetapi Saya Mahu Beri Peluang Kepada Luqman”