Untuk berada di satu acara peragaan fesyen dengan jenama-jenama terkenal dunia sudah pastinya menjadi idaman semua model yang berpangkalan di Malaysia.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Kebanyakan acara ini selalu diisi dengan model dengan raut wajah Kaukasia, disebabkan itu ia suatu pengalaman yang mengangumkan apabila seorang anak tempat berjaya berdiri sama tinggi bersama dengan model-model terkenal dunia.

Facebook

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Salah seorang model yang berjaya berjalan di Paris Fashion Week adalah Ridzman Zidaine yang berusia 22 tahun, lapor laman Facebook Rizal Hakimm Punyer.

Menurut hantaran di Facebook tersebut, “Ridzman Zidaine, 22 tahun, 188cm. Model Melayu pertama catwalk di Paris Fashion Week, minggu fesyen paling berprestij di dunia.”

Facebook

Apa yang menjadikan kerjaya model muda ini lebih menarik ialah dia sebelum ini juga pernah berjalan untuk pelbagai jenama terkenal.

“Apa yang lebih hebat ialah dia catwalk untuk label mewah yang terkenal di dunia seperti Louis Vuitton, Hermès, Zegna (Ermenegildo Zegna) dan Issey Miyaki,”

Facebook

Selain itu, Ridzman turut pernah memperagakan jenama seperti Wooyoungmi, Casablanca, Alyx dan di Minggu Fesyen London 2022 untuk jenama Robyn Lynch, Herra dan Juoyu Wang.

Pencapaian Ridzman ini telah berjaya menarik pujian daripada rakyat Malaysia. Kebanyakan mereka kagum dengan wajah dan bakat yang dimiliki oleh beliau.

Facebook

“Muka melayu asli, exotic. Laku keras kat sana. Mereka mencemburui warna kulit orang Asia terutama yang sowo matang,” kata salah seorang pengguna maya.

“Muka dan kulit dia persis red indian. Symmetrical lagi. Full lips. memang born to be model. Alhamdulillah rezeki dia,” kata pengguna maya yang lain.

Berbekalkan duit US$300, orang Kuala Krai ini berjaya menjadi pereka fesyen terkenal dunia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Berbekalkan Duit US$300, Orang Kuala Krai Ini Berjaya Menjadi Pereka Fesyen Terkenal Dunia

Pengasas Off-White™ Didakwa ‘Curi’ Idea Pereka Fesyen Independent

Koleksi AirAsia Foundation ‘GOOD/jahat’ Curi Tumpuan Di Kuala Lumpur Fashion Week 2019