Pada hari ini, majoriti anak muda di Malaysia semakin pintar dalam membuat keputusan. Majoritinya berfikiran positif dan terbuka, terutama apabila melibatkan isu-isu kemanusian. Satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Contohnya seperti isu penindasan yang berlaku kepada penganut agama Islam di Rohingya, atau kezaliman yang sedang melanda penduduk Syria. Tidak dinafikan, ramai anak muda di Malaysia pada hari ini cuba menyumbang sesuatu kepada masyarakat dunia tetapi tidak tahu platform manakah yang paling sesuai untuk mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1

Jika anda mempunyai hasrat yang sama, ini peluang anda menabur bakti kepada masyarakat di dunia. Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini telah melancarkan satu program sukarelawan yang dipanggil MyCorps. Menerusi program ini, MyCoprs membuka peluang kepada 45 anak muda untuk berbakti dalam misi terbaharunya ke Timur Tengah.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, program ini bukan sahaja melatih mereka untuk menjadi sukarelawan, tetapi menjadi pemimpin sukarelawan.

“Semestinya menerusi program ini, persepsi anak muda ini akan berubah terutamanya cara mereka melihat Malaysia dalam pandangan dunia.

“Saya selalu menekankan kepada peserta MyCorps bahawa tugas mereka bukan setakat ketika misi semata-mata, tetapi ia perlu dibawa ke mana sahaja mereka pergi dalam mengubah masyarakat sekeliling secara positif,” katanya dalam satu sidang media selepas Sesi Meet & Greet bersama peserta MyCorps.

Beliau turut menjelaskan, program MyCorps ini dibuat di luar negara sebagai pendedahan kepada belia agar lebih bersedia dengan persekitaran antarabangsa dan mempunyai pandangan jauh untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Misi MyCorps ke Timur Tengah akan bermula pada 5 Disember ini di mana peserta akan mula berlepas mengikut kumpulan masing-masing ke negara yang mempunyai kepadatan pelarian Syria paling tinggi iaitu Turki, Jordan dan Lubnan bermula 1 Disember ini.

Untuk anda yang berminat, bolehlah dapatkan lebih banyak info berkenaan misi MyCorps dengan melayari www.mycorps.my. Satu usaha yang baik dalam mendidik masyarakat Malaysia disamping memacu budaya positif ke hadapan.

Sumber