Seorang mahasiswa Orang Asli, Susherrie Suki berjaya melakar sejarah apabila menjadi Orang Asli pertama dari suku Semai yang berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Hartanah dengan ijazah kelas pertama di Bartlett School of Planning di University College London (UCL), lapor MalaysiaKini.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:

Menurut Persatuan Mahasiswa Orang Asli (PMOA), Sherrie berasal dari Perak, di mana ibu dan bapanya merupakan Orang Asli suku Semai yang berasal dari Kampung Orang Asli Chinggung, Behrang Ulu di Tanjung Malim, dan Kampung Orang Asli Ulu Geruntum di Gopeng. Beliau kini sudah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana (Master).

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Untuk rekod, Susherrie telah berjaya mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan SPM dan diterima melanjutkan pengajian di Kolej Mara Seremban. Dia juga merupakan pelajar Orang Asli yang menerima biasiswa Mara di Program Pembangunan Bakat Muda susulan keputusan cemerlangnya dalam SPM.

Selain bidang akademik, dia juga aktif dalam kegiatan di dalam dan di luar kampus, termasuk menjadi anggota Royal Town Planning Institute, ketua biro publisiti Bartlett Urban Planning Society dan ketua biro dalam UCL Malaysia Society.