Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Anak perempuan bekas Presiden pertama Indonesia, Sukarno telah rasmi keluar dari Islam dan memeluk agama Hindu di usia 70 tahun dengan memiliki gelaran sebagai Ratu Niang Sukmawati.

Menurut Harian Metro, Sukmawati Soekarnoputri menjalani upacara Sudhi Widhani dan secara rasminya memeluk agama Hindu di Sukarno Center Heritage di Bale Agung Singaraja. Manakala gelaran itu dipilih selepas Sukmawati dikatakan ‘jelmaan’ Ratu Majapahit Tribhuwana Tunggadewi.

Ketika menceritakan alasan beliau disebalik perubahan agama ini, Sukmawati menyatakan bahawa dia mencintai agama Hindu sejak masih kecil lagi sambil menegaskan bahawa perubahan ini adalah perjalanan untuk dia menjadi seorang manusia yang lebih baik dari sebelum ini.

Dia yang sedar sejak lahir dididik sebagai seorang muslimah dan membesar dengan sejarah dan ajaran Islam, menyatakan bahawa keputusan untuk menukar agama di saat sudah lanjut usia adalah untuk menghormati keluarganya. Dia tidak mahu melukakan hati ibu bapanya jika dia bertukar agama semasa mereka masih hidup.

“Ada toleransi yang mendalam kerana paling tidak waktu orang tua saya hidup [mereka] pasti akan terkejut, mereka akan tersinggung, saya tidak mahu [perkara] itu. Jadi masih belum terfikirlah [untuk menukar agama saat itu]” kata Sukmawati.

Dia juga menghormati arwah suaminya Muhammad Hilmy Syarief yang beragama Islam. Sukmawati sering membincangkan Islam dan Hindu dengan suaminya, yang meninggal dunia pada Oktober 2018.

“Saya juga ada suami [beragama] Islam. Jadi, saya pun hormat dan toleransi kepada suami dan Islam, beliau berusaha memberi pengetahuan Islam kepada Ibu dan Ibu selalu jujur, bagaimana Ibu katakan, bukannya nak jadi suci tapi mahu jadi orang baik,” katanya lagi seperti yang dilaporkan oleh CNN Indonesia.

Sukmawati telah berkahwin dua kali. Pertama dengan Mangkunegara IX dan dikurniakan dua orang anak. Selepas bercerai pada 1983, Sukmawati berkahwin dengan Muhammad Hilmy Syarief dan dikurniakan seorang anak lelaki. 

Sukmawati berkata, sejak orang tersayang dan orang terdekat telah meninggal dunia. Dia menganggap wajar untuknya mencapai niatnya untuk menganut agama Hindu.

“Jadi, lebih kurang selepas tidak terikat dengan orang rapat yang beragama Islam, barulah saya lebih mendalami agama Hindu, kemudian saya fikir sudah sampai masanya untuk proses ini, saya kembali kepada agama nenek moyang saya,” katanya.

Isu penggunaan kalimah Allah di Malaysia jadi buah mulut rakyat Indonesia. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Isu Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Di Malaysia Jadi Buah Mulut Rakyat Indonesia

Pengacara Ini Temuramah Kerusi Kosong, Menteri Kesihatan Indonesia ‘Hilang’ Selepas Kes COVID-19 Naik

Microsoft Label Rakyat Indonesia Sebagai Orang Paling Tidak Sopan Di Asia Tenggara, Ini Sebabnya

Anda Mungkin Suka