Pengerusi Korean Air, Cho Yang-ho membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap sikap dua anak perempuannya yang ‘tidak matang’. Kedua-dua anak perempuannya itu akan meletak jawatan selepas beberapa kontroversi yang melibatkan mereka berdua.

Anak bongsu pengerusi Korean Air, Cho Hyun Min yang memegang jawatan pegawai pemasaran di syarikat itu kini berada dibawah siasatan pihak polis selepas insiden membaling botol air ke muka seorang pekerja pengiklanan dalam satu mesyuarat. Insiden tersebut dilaporkan terjadi akibat ketidakpuasan hati Cho Hyun Min terhadap jawapan yang diberikan oleh lelaki itu.

Ini bukanlah kontroversi pertama yang melibatkan anak pengerusi Cho Yang-ho. Empat tahun yang lepas kakak kepada Cho Hyun Min iaitu Heather Cho memaksa salah satu penerbangan Korean Air berpatah balik akibat berang dengan cara hidangan kacang yang diberikan dalam bungkusan dan bukannya dalam pinggan. Akibat insiden yang dikenali sebagai ‘nut rage’ itu Heather kemudian dipenjarakan.

korean air

Berikutan dua insiden itu, pengerusi Korean Air tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji bahawa kedua-dua mereka akan meletakkan jawatan daripada syarikat penerbangan itu.

Cho Hyun Min kemudian meminta maaf kepada seluruh staf yang pernah bekerja dengannya melalui email. Beliau bagaimanapun tidak mengaku membaling botol ke muka lelaki tersebut.

Sumber