Presiden Filipina, Rodrigo Duterte terkenal di seluruh dunia dengan cara beliau membanteras masalah dadah di negaranya. Polisi shoot first, ask questions later yang beliau gunakan untuk pengedar dadah di Filipina dikritik dan sudah pun mengorbankan ribuan nyawa.

Namun agak ironik apabila anak Presiden itu sendiri, Paolo Duterte telah dikaitkan dengan satu shipment dadah bernilai USD125 juta(lebih kurang RM523 juta) yang berasal dari China. Paolo menegaskan yang beliau tidak mempunyai kaitan langsung dengan dadah berkenaan dan menyatakan dakwaan itu adalah palsu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Paolo yang juga pemangku datuk bandar Davao perlu memberi keterangan ke dewan senat jika mahu membuktikan beliau tidak bersalah. “Saya tidak menjawab pertuduhan yang berasaskan khabar angin,” jawab Paolo kepada dewan senat.

Davao adalah bandar di mana ayahnya Rodrigo pernah menjadi datuk bandar lebih 20 tahun sebelum dipilih menjadi presiden pada tahun 2016. Khabar angin ini muncul apabila Paolo pernah bergambar dengan seorang ahli perniagaan yang bertanggungjawab ke atas penghantaran dadah yang ditemui pihak berkuasa itu.

Operasi besar-besaran untuk menghapuskan dadah oleh Rodrigo Duterte ini dilaporkan telah mengorbankan lebih 3,800 nyawa dan lebih 2,100 daripada kematian itu melibatkan dadah dan jenayah.

Senator Antonio Trillanes yang merupakan antara pengkritik tegar presiden Filipina memberitahu melalui penyelidikannya, Paolo Duterte adalah salah seorang ahli satu organisasi sindiket jenayah kerana persamaan tatu naga yang ada di badana Paolo. Namun Paolo tidak mahu membincangkan berkenaan tatu itu kerana perkara it melanggar privacy dirinya.

Setakat ini kes ini masih berjalan dan Paolo masih lagi belum disabitkan salah atau tidak bersalah. Persoalan timbul adakah presiden itu akan menggunakan polisi shoot first, ask questions later terhadap anaknya sendiri? Atau ini semua hanyalah konspirasi untuk menjatuhkan air muka presiden Filipina ini?