Aircel Ltd, syarikat telekomunikasi India dibawah kelolaan Maxis Communications Bhd kini diambang bankrap berdasarkan laporan dariapda The Economic Times.

Dilaporkan setakat ini jumlah hutang yang ditanggung Aircel adalah sebanyak Rs155 bilion (RM9.48 bilion). Keadaan menjadi lebih parah apabila syarikat ini gagal untuk membuat sebarang bayaran sejak September lalu berikutan kekurangan dana daripada para pelabur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: The Malaysian Insight

Dalam usaha untuk memastikan syarikat dibawah Maxis ini difailkan Bankrap, Maxis dilaporkan bakal melabur sebanyak $500 juta (RM1.9 bilion) sehingga $1.1 bilion (RM4.3 bilion) dalam usaha untuk melangsaikan hutang yang ditanggung Aircel.

Perubahan beberapa direktor di dalam syarikat antara yang bakal dibuat Aircel dalam tugas untuk mencari beberapa syarikat yang sudi untuk melabur kepada mereka.

Melihat kepada jumlah wang yang dilaburkan Economic Times berpendapat Aircel masih berpeluang untuk bangkit semula bersaing bersama-sama syarikat telokomunikasi India yang lain.

Sumber