Sebuah anak syarikat milik PROTON Holdings Bhd iaitu Proton Automobiles China Ltd (PACL) telah berdepan dengan saman sivil di Mahkamah Tinggi Guangdong, China yang telah menuntut sebanyak RM522.9 juta.

Tuntutan yang dikenakan terhadap anak syarikat Proton itu dituntut oleh pihak Goldstar Heavy Industrial Co Ltd berkaitan kontrak yang dimeterai antara anak syarikat 50.1 peratus PROTON, Lotus Group International Ltd (LGIL) dan Goldstar pada 17 April 2015 untuk menubuhkan sebuah syarikat usaha sama (JV) Goldstar Lotus Automobile Co Ltd (GLAC).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perjanjian GLAC itu dirancang untuk mengeluarkan dan menjual kereta serta alat ganti Lotus, selain menyediakan perkhidmatan selepas jualan di China namun selepas gagal mendapatkan lesen pengeluaran pada tarikh akhir 31 Disember 2017, kontrak JV dibatalkan pada 22 Januari tahun lalu dan sekaligus membuatkan pihak GLAC tidak dapat memulakan operasi perniagaan mereka.

Kedua-dua anak syarikat PROTON itu perlu hadir di mahkamah pada 9 Julai ini untuk menyelesaikan tuntutan yang dibuat oleh pihak Goldstar.