Pada awal bulan ini, tanggal 2 Mei 2016, kami pasti anda sudah menonton video ini.

Tangisan anak Syria secara tiba-tiba ketika nyanyian penyanyi popular, Faizal Tahir memberi 1001 makna yang tidak terungkap. Detik menyentuh hati ini berlaku ketika program ‘One Moment For Them’ yang dijalankan oleh Fatiha Shuib And Friends, Malaysian Arabian Cultural Society (MACS), Teach For The Needs (TFTN) dan Tangisan Syria Di Bumi Jordan.

MACS adalah persatuan yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Jordan untuk pelarian Syria terutamanya dalam bidang pendidikan. Hasil usaha mereka, mereka berjaya menubuhkan sebuah sekolah untuk anak-anak Syria.

Bergambar kenangan bersama artis delegasi.
Bergambar kenangan bersama artis delegasi.

Di sebalik kerja keras yang terus menerus ini, tersimpan kisah cinta di antara Pengerusi MACS, iaitu Amir Rizvan, seorang pelajar perubatan, bersama-sama seorang sukarelawan berbangsa Arab. Kelembutan dan kasih sayang Sarah Al-Zoubi, seorang wanita Jordan berbangsa Arab, terhadap anak-anak Syria telah memaut hati lelaki Melayu Malaysia ini.

Sekolah Arab Malaysia
Sekolah Arab Malaysia

I always feel grateful that our Syrian refugee students love to stay at our school, even until late night.

At first I was surprised, as usually school is a place that children like to avoid, but then I begin understand..

The students love to stay not just because of the study, there’s something more than that.

They stay because they feel the place is their home, as home is not necessary a place, their homeland of Syria, but home can be any place.

As long as they’re together. -Amir Rizvan

Tanpa segan silu, saya bertanya, bagaimana Amir boleh bertemu dengan Sarah.

Ini cerita Amir daripada penulisannya sendiri:

Bagaimana Amir Bertemu Sarah

Sejak penubuhan Malaysian Arabian School lebih kurang tiga tahun lepas, Sarah Al-Zoubi, seorang pelajar Jordan di Jordan University of Science and Technology, telah menyokong projek kami tersebut demi membantu pelarian Syria di Jordan dari segi pendidikan.

Sarah muda setahun dari saya, dan dia menyokong projek kami dengan membantu menyebarkan tentang sekolah kami kepada masyarakat Jordan dan juga mengajar di sekolah kami secara percuma. Sarah mengajar subjek Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Syria di sekolah kami dan membantu menguruskan pelajar-pelajar semasa program lawatan, Hari Anugerah Cemerlang dan sebagainya.

(Mizz Nina berkongsi video Sarah Al-Zoubi sedang mengajar Bahasa Melayu.)

(Dari sudut lain, dari IG Mizz Nina.)
https://www.instagram.com/p/BE8HFslikep/?taken-by=mizznina1780&hl=en

Memandangkan Sarah antara sukarelawan Jordan yang selalu membantu di sekolah kami, saya mengajak Sarah untuk menyertai organisasi kami sebagai koordinator dan wakil Jordan untuk membantu kami bergerak terutamanya dari segi ‘legality’ seperti membantu mendaftarkan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Jordan.

Setelah beberapa lama bekerja bersama, kami menjadi semakin rapat dan mula cuba mengenali satu sama lain dengan lebih dekat. Akhirnya saya jatuh cinta kepadanya dan pada 3 Mei lepas, saya dengan bantuan para sukarelawan, pelajar-pelajar Syria di sekolah dan para artis One Moment For Them yang datang melawat sekolah kami, saya telah melamar Sarah dan Alhamdulillah dia menerimanya dengan gembira.

(Noh Salleh berkongsi gambar lamaran surprise Amir yang sweet. Baca caption yang touching.)

Sekarang kami telah bertunang dan insyaAllah kami akan terus bergerak bersama untuk membantu pelarian Syria dan juga menyumbang untuk Umat Islam, semoga kami telah membuktikan yang Islam mampu menyatukan manusia meskipun berbeza bangsa dan negara, insyaAllah.

Anak Syria Sebagai Prioriti

Jelas sekali, membantu anak-anak Syria adalah prioriti utama kedua-dua anak muda ini.

Apabila ditanya, “Apa yang menyebabkan Amir jatuh cinta pada Sarah?”

Amir menjawab, “Saya suka personaliti Sarah yang baik hati, dan suka membantu orang lain. We also share the same dream.

Persembahan drama anak-anak Syria di Jordan University of Science and Technology.
Persembahan drama anak-anak Syria di Jordan University of Science and Technology.

“Apa maksud Amir tentang ‘the same dream’?”

“Kami ada impian yang sama. Menyatukan umat Islam,” jawab Amir pendek.

Kedua-dua belah pihak keluarga sangat gembira dengan penyatuan hati 2 orang muda ini.

Kata Amir, “Alhamdulillah kedua-dua belah pihak keluarga sangat gembira. Orang Jordan memang sangat menghormati orang Malaysia, dan keluarga saya pun suka orang Arab.”

Ketika menyambut hari jadi kembar Syria Shireen dan Hanin dan adik mereka, Rahaf.
Amir dan Sara menyambut hari jadi kembar Syria Shireen dan Hanin dan adik mereka, Rahaf.
Sesudah majlis lamaran.
Sesudah majlis lamaran surprise berlangsung.

Pasangan ini merancang untuk berkahwin sesudah Sarah tamat belajar, iaitu kira-kira satu tahun lagi.

Kami doakan agar perancangan dan perjuangan Amir dan Sarah dipermudahkan.

Perjuangan kalian, Fatiha Shuib And Friends, ahli-ahli MACS, Teach For The Needs (TFTN) dan Tangisan Syria Di Bumi Jordan dan yang lain adalah satu usaha murni yang wajar dipuji dan diberikan perhatian.

Untuk menyokong perjuangan mereka, anda boleh menyumbang seperti di bawah:

MOCS
MOCS

One Moment For Them 2.0 adalah konsert amal yang diadakan pada 30 April sehingga 4 Mei 2016 untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai krisis yang berlaku di Syria, dan berkongsi tentang projek-projek kemanusiaan yang banyak dijalankan oleh pelajar Malaysia di Jordan, membantu pelarian Syria khususnya dalam bidang pendidikan.

5 orang artis yang terlibat pada tahun ini adalah Faizal Tahir, Noh Salleh, Mizz Nina, Mu’adz Dzulkefly dan Aizat Amdan. Sebanyak RM130,100 (22, 691.38 Jordan Dinar) terkumpul sepanjang program ini. Layari laman web MACS dan Fatiha Shuib And Friends untuk maklumat lanjut.

https://youtu.be/Ljq6HitDdU8

Video ucapan Faizal Tahir untuk pembaca The Vocket ketika One Moment For Them yang pertama pada tahun lepas. Ikuti cerita lanjut di sini dan sini.