Mayat seorang wanita berusia 60 tahun ditemui sudah reput di rumahnya di Yishun, Singapura. Mayat itu hanya ditemui setelah jiran mencium sesuatu yang busuk datang dari dalam unit rumah mangsa dan mereka terus bertindak menghubungi polis.

Ketika polis tiba, kelihatan satu jasad wanita yang tidak bergerak dan bersamanya ada seorang lagi wanita sakit mental yang berusia 30 tahun – anak kepada si mati. Setelah disiasat, polis menyimpulkan bahawa wanita itu mati kira-kira lima hari yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dilaporkan bahawa anak perempuan tersebut memang berada di rumah ketika arwah meninggal dunia, namun, disebabkan keadaannya, dia tidak tahu bagaimana untuk menelefon polis dan dia takut untuk meninggalkan rumah.

Pihak polis memberitahu bahawa akibat kecacatan otak, perempuan tersebut berkelakukan seperti kanak-kanak. Dia dilaporkan hanya mengikut ibu di mana sahaja dan tidak akan bercakap atau berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.

Saudara mara telah tampil bagi menuntut mayat wanita tersebut. Mereka juga telah memberi penghormatan terakhir kepada si mati, manakala anaknya telah diberi rawatan lanjut di hospital.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di Singapura, klik pautan di bawah.

Singapura Catat Rekod COVID-19 Tertinggi Dengan 728 Kes Baharu Dalam Sehari

COVID-19 Di Malaysia Dijangka Berakhir Awal Mei Menurut Kajian Universiti Dari Singapura

Rakyat Singapura Serbu Semua Kedai ‘Bubble Tea’ Sebelum Diarah Tutup Operasi Hari Ini

Sumber