‘I Love You 3000’ mula menjadi fenomena selepas Lexi Rabe atau lebih dikenali sebagai Morgan Stark dalam ‘Avengers: Endgame’ mengucapkan kepada ayahnya, Tony Stark atau Iron Man. Ungkapan yang berjaya menyentuh hati ramai pihak kini menjadi trend dalam kalangan orang ramai untuk menyatakan rasa sayang.

tony morgan

Namun, disebalik kejayaan fenomena ungkapan tersebut, Lexi dan keluarga menerima respon negatif daripada sesetengah peminat yang berasa tersinggung. Hanya disebabkan kekangan masa untuk Lexi melayan kesemua peminat untuk menandatangani autograf dan bergambar bersama, sesetengah peminat mula “merajuk” dan menyerang akaun Instagramnya.

Berikutan dengan buli siber terhadap dirinya, ibu Lexi selaku individu yang bertanggungjawab untuk mengendalikan Instagram tersebut telah memuat naik beberapa posting dan video yang memohon agar orang ramai berhenti membuli anaknya dan keluarganya.

Ibu bapa Lexi juga menerima tempias apabila beberapa kali Lexi bergurau senda bersama keluarganya di khalayak ramai. Namun ada yang menganggap serius sehingga mengkritik cara didikan ibu bapa Lexi. Video terbaharu Lexi turut meminta maaf jika perlakuannya sebagai seorang kanak-kanak berusia 7 tahun disalah ertikan.