Rumah Putih mengatakan pada Isnin bahawa Donald Trump telah meluluskan pengisytiharaan darurat di ibu negara Amerika Syarikat. Pengumuman itu dibuat setelah pegawai undang-undang AS memberi amaran mengenai ancaman bersenjata menjelang pelantikan Presiden Joe Biden.

“Hari ini, Presiden Donald J Trump mengisytiharkan darurat di Washington (District of Columbia) dan memerintahkan Persekutuan membantu gerak kerja susulan Perasmian Presiden ke-59 dari 11 Januari hingga 24 Januari 2021,” memetik kenyataan Rumah Putih pada Isnin.

Memetik Al Jazeera, pengumuman ini membolehkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) mengenal pasti, menggerakkan dan memberikan budi bicara dari segi peralatan dan sumber yang diperlukan untuk mengurangkan kesan kecemasan.

Langkah itu dilakukan setelah perusuh pro-Trump menyerbu gedung Capitol AS pada 6 Januari bagi menyokong dakwaan palsu Trump dia telah ditipu pada pilihan raya AS.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memberi amaran mengenai kemungkinan protes bersenjata di semua 50 ibu negeri AS pada hari di mana Joe Biden dilantik menjadi Presiden AS pada 20 Januari.

Terdahulu, telah terjadi protes di AS sehingga ada yang mengaitkannya dengan ramalan kartus The Simpsons, klik pautan di bawah untuk membaca.

Ramalan Kartun The Simpsons Tahun Lalu Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Strategi Pemasaran, Bagaimana Joe Biden Gunakan ‘Facebook Ads’ Untuk Tewaskan Donald Trump?

Gagal ‘Move On’ Dengan Kekalahan, Donald Trump Dakwa Dirinya Peroleh Undian Majoriti