Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menunaikan janjinya untuk menghantar tentera bagi memperkuatkan NATO di Eropah Timur. Sebanyak 3,000 tentera telah dikerahkan untuk mengawal Ukraine dari negara-negara jiran jika dakwaan serangan dari Rusia berlaku.

Tindakan AS menghantar tentera ke Eropah Timur, yang pertama kali dilaporkan oleh CNN, adalah untuk memberi sokongan kepada sekutu NATO yang berasa terancam dengan pergerakan tentera Rusia berhampiran Ukraine dan ancaman pencerobohan lain, kata pegawai AS.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dipetik Reuters, kira-kira 1,000 tentera AS di Jerman telah dihantar ke Romania. 2,000 lagi telah diterbangkan terus dari AS ke Jerman dan Poland. “Selagi (Presiden Rusia Vladimir Putin) bertindak secara agresif, kami akan memastikan kepada sekutu NATO kami di Eropah Timur, bahawa AS berada di sana,” kata Biden.

Perkara yang sama turut disahkan oleh jurucakap Pentagon John Kirby. Beliau juga menegaskan bahawa arahan untuk menghantar tentera ke sana adalah untuk menunjukkan komitmen kepada pakatan NATO. Bagaimanapun, pada masa yang sama, beliau berkata tiada askar Amerika akan dihantar untuk bertempur di Ukraine. Kerana negara itu bukan ahli NATO.

Pengerahan tentera ini datang ketika beberapa pemimpin Eropah terbang ke Ukraine untuk rundingan damai. Antaranya ialah Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte. Pemimpin Perancis dan Jerman juga dilaporkan akan berkunjung ke Moscow bagi mengatasi ancaman pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Battle of Bakara versi tentera Malaysia dedah insiden sebenar Black Hawk Down. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Battle Of Bakara Versi Tentera Malaysia Dedah Insiden Sebenar Black Hawk Down

Pedang Perang Salib Didakwa Milik Knights Templar Berusia 900 Tahun Ditemui Di Israel

Pegawai Wanita Rusia Yang Bekerja Di Malaysia Ini Tidak Mahu Balik