Kalau anda seorang yang terkenal, apa sahaja yang pernah menjadi milk anda boleh dijual. 16 tahun yang lalu, penyanyi Eminem mengeluarkan album The Marshall Mathers LP, album yang menjadi bualan ramai dengan lagu-lagu hebat di dalamnya antaranya Stan dan The Real Slim Shady.

The Marshall Mathers LP, Eminem
The Marshall Matters LP, Eminem

Set edisi khas Marshall Matters LP ini akan didatangkan dengan bata dari rumah yang Eminem pernah tinggal sewaktu kecil. Rumah yang dimaksudkan menghiasi cover album The Marshall Mathers. Batu bata ini adalah bata yang berjaya diselamatkan oleh Eminem apabila beliau mengetahui rumah tempat beliau membesar itu akan dirobohkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebanyak 700 set edisi khas bata ini boleh dibeli dan set ini didatangkan juga dengan kaset, rantai dan baju edisi khas. Sebahagian hasil jualan itu nanti akan didermakan kepada The Marshall Mathers Foundation.

emm

Lebih menarik adalah setiap set bata ini akan diberi sijil keaslian yang ditanda tangan sendiri oleh Eminem. Jika anda ingin membeli set bata ini, anda sudah terlambat kerana semuanya sudah habis terjual. Harga set bata ini pasti akan meningkat naik di laman Ebay nanti. Tapi anda boleh beli memorabilia Eminem yang lain di website Eminem.

Sumber