Kami menyangka ini hanyalah satu daripada beribu video eksperimen sosial biasa, sehinggalah pengakhiran video ini.

Video ini mengisahkan Joseph Costello dari Quiet Assassins dengan rakannya, Sandy, menghasilkan video yang penuh makna ini. Sandy adalah seorang gelandangan yang selalu meminta untuk memenuhi keperluan harian. Joe dan Sandy membuat eksperimen untuk mengetahui apa yang akan terjadi sekiranya Sandy diberikan baju yang elok dan meminta wang syiling untuk kopi atau tiket bas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hasilnya, memang membuka mata. Orang ramai tiada masalah memberikan duit kepada orang di dalam suit. Tetapi apabila Sandy di dalam pakaiannya yang biasa, ada yang tidak mahu langsung melihatnya.