Sekiranya sebelum ini Lazada pernah menjual kereta dengan kolaborasi bersama Volkswagen, melalui pengumuman terbaru Lazada bakal menawarkan rumah melalui dengan kerjasama bersama syarikat Mah Sing.

Penawaran rumah di platform e-dagang, Lazada ini sekaligus bakal meletakkan platform ini sebagai yang pertama di Malaysia dalam menawarkan pembelian hartanah. Lazada bersama Mah Sing bakal berkongsi dengan lebih lanjut mengenai penawaran terbaru ini pada sebuah majlis rasmi yang bakal berlangsung pada 28 November 2018 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lazada Mah Sing

Setakat ini, pihak Mah Sing telahpun mempunyai laman kedai rasmi di platform Lazada. Masih belum diketahui perumahan di kawasan manakah yang bakal ditawarkan buat para pengguna. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana pembelian hartanah ini bakal memudahkan pengguna pada masa akan datang.