Umum tahu kepentingan penggunaan tali pinggang kereta. Malah, sudah menjadi kewajipan dan kebiasaan buat pemandu untuk memakainya baik untuk mengelakkan saman mahupun untuk keselamatan diri sendiri. Malah, kebanyakan model kereta keluaran terbaru sudah mula membunyikan sensor sekiranya para pemandu atau penumpang tempat duduk hadapan tidak memakainya.

Walau bagaimanapun, orang ramai khususnya di Malaysia nampaknya masih belum menjadikan tali pinggang di tempat duduk belakang sebagai kebiasaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

belts

Sekiranya anda juga merupakan sebahagian yang tidak membiasakan diri memakai tali pinggang di tempat duduk belakang mungkin selepas ini anda perlu mewajibkan diri anda untuk memakainya demi keselamatan serta untuk mengelakkan daripada dikenakan saman.

Ya, bermula tahun ini, Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke telah mengesahkan kewajipan untuk memakai tali pinggang buat individu berumur 17 tahun dan ke atas di tempat duduk belakang atau bakal dikenakan saman sebanyak RM300. Selain itu, kanak-kanak atau para remaja di bawah 17 tahun yang tidak memakainya bakal membuatkan si pemandu disaman.

PTJ21_170818_JPJ AES
YB Anthony Loke. Sumber: The Star

Untuk pengetahuan, undang-undang ini bukanlah sesuatu yang baru memandangkan peraturan memakai tali pinggang pada tempat duduk belakang sudah mula diwajibkan sejak 2009 namun tidak ada penguatkuasaan buat sesiapa yang tidak memakainya sehingga tahun ini.

Melihat kepada penguatkuasaan yang lebih serius dijalankan pada tahun ini, mungkin sudah tiba masanya untuk anda sama-sama beringat untuk memakai tali pinggang kereta sama anda untuk kepentingan anda atau orang yang tersayang.

Selain peraturan kewajipan memakai tali pinggang buat tempat duduk belakang, penguatkuasaan saman kepada perokok yang mengingkar arahan juga turut dimulakan. 

Netizen Gembira KKM Mula Saman Perokok Ingkar Arahan Merokok Di Premis Makanan

Penjara Dua Tahun Jika Ingkar Larangan Merokok Mulai Januari 2020