Berikutan isu yang menimpa Facebook dan Google, Apple nampaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membolehkan pengguna memuat turun data melalui laman web mereka.

Untuk memuat turun anda hanya perlu log in laman Apple menerusi Apple ID. Seterusnya anda boleh ke bahagian Privacy untuk mendapatkan segala data anda.Difahamkan antara data yang disimpan Apple meliputi segala data melibatkan App Store, Apple Music, Game Center, Contact, Calendars dan sebagainya.

Dalam pada itu difahamkan Apple kini sedang mempersiapkan penghasilan processor Apple A12 yang bakal disertakan pada Apple iPhone model tahun ini. Dijangkakan model ini bakal dilancarkan seawal September ini.