Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sejak pihak kerajaan mula mewartakan undang undang untuk mengharamkan rokok di kawasan restoran, didapati orang ramai yang mula menyahutnya. Berita ini juga secara tidak langsung merupakan sebuah kepuasan buat mereka yang tidak merokok kerana berpeluang menhirup udara yang lebih segar.
Walaubagaimanapun, disebalik undang-undang yang baru dijalankan ini, terdapat segelintir perokok yang gagal mengikut undang-undang yang ditetapkan yang secara tidak langsung menjadi bahan tular di media sosial.
Sepanjang 6 bulan pertama ini, KKM menekankan Penguatkuasaan Pendidikan.
Tiada kompaun dikeluarkan sepanjang tempoh ini, tetapi Notis Peringatan yang bermakna nama anda telah direkodkan.
p/s Cara untuk anda membuat aduan. pic.twitter.com/BUIGOVq0e4
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 4, 2019
Dalam usaha untuk mengurangkan bilangan perokok di restoran kepada sifar, pihak KKM baru-baru ini telah melancarkan sebuah inisiatif terbaru dimana para pengguna berpeluang melaporkan kesalahan perokok yang merokok di restoran dengan melaporkannya di WhatsApp ataupun secara panggilan.
Cara-caranya adalah berkongsi bukti kesalahan, nama restoran, lokasi dan waktu pada nombor 010 8608949 di WhatsApp atau menelefon secara terus pada talian 03 88924530. Selain itu, para pengguna turut berpeluang melaporkan restoran yang tidak meletak tanda larangan merokok di premis makanan.

Sumber: Fortune
Buat para perokok diluar sana, diharap anda lebih berhati hati sebelum menyalakan rokok anda di restoran kerana dikhuatiri anda bakal menjadi mangsa laporan yang dibuat pengguna lain.
#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.
- SUMBER
- KKMPutrajaya