Instagram pada tahun ini semakin aktif dalam mengeluarkan fungsi terbaru buat para pengguna. Bermula dengan fungsi stories, IGTV dan yang terbaru para pengguna berpeluang membuat panggilan video.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Melalui fungsi terbaru ini, para pengguna diberi pilihan untuk membuat panggilan video secara personal mahupun secara berkumpulan sehingga empat orang. Menariknya, anda berpeluang membuat panggilan video serta scroll Instagram secara serentak melalui fungsi terbaru ini.

VCFlow_All_4-up_v4en_EN

Untuk mencubanya anda boleh ke halaman Instagram Direct serta pilih profail rakan anda. Fungsi terbaru Instagram ini bakal dikeluarkan secara berperingkat buat para pengguna Android dan iOS bermula hari ini.

Fungsi panggilan video yang dikeluarkan Instagram ini juga sekaligus memberikan akses buat para pengguna membuat panggilan tanpa memerlukan nombor telefon.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group