Baru-baru ini tular satu hantaran dalam bahasa Cina yang mendakwa bahawa mereka yang melihat-lihat tanda harga sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu dianggap tidak mampu atau ‘miskin’.

Memetik laporan media Teepr – media yang berpusat di Taiwan – seorang pembantu jualan berkata, “Jika anda melihat tanda harga atau membalikkan tanda harga, anda mungkin miskin. Saya tidak akan membuang masa saya untuk [melayan] pelanggan seperti itu.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya telah bekerja sebagai pembantu jualan selama 7-8 tahun dan biasanya, apabila mereka melihat tanda harga, mereka tidak akan membeli barang itu.”

“Suatu ketika, semasa saya melayan pelanggan, pengurus saya menjerit kepada saya melalui fon telinga dan memberitahu saya supaya tidak membuang banyak masa kepada pelanggan. Akhirnya, pelanggan hanya menyentuh sedikit barang dan berjalan keluar,” katanya.

Hantaran itu bagaimanapun mencetuskan debat di antara pengguna maya yang tidak berpuas hati. Kebanyakan netizen berkata bahawa seorang pembantu jualan sepatutnya tidak menghakimi pelanggannya.

Bagaimanapun, sebahagian daripada pengguna maya mempertahankan tindakan pembantu jualan tersebut. Tetapi tetap tidak bersetuju dengan cara beliau menjatuhkan hukum ke atas pelanggan yang membelek tanda harga.

Anda masih belum dijangkiti COVID-19 kerana tidak mempunyai kawan, kata pakar. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Anda Masih Belum Dijangkiti COVID-19 Kerana Tidak Mempunyai Kawan, Kata Pakar