Seringkali apabila menyebut tentang pengguna iPhone, ramai yang mengangap para penggunanya merupakan golongan yang berpendapatan tinggi dan kaya. Hal ini berikutan harga Apple iPhone yang jauh lebih mahal berbanding beberapa model telefon pintar yang lain.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut sejauh manakah ‘kekayaan’ seorang pengguna Apple, sebuah kajian telah dijalankan bagi mengetahui sosioekonomi pengguna berdasarkan pilihan jenama telefon pintar mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

iPhone-X-selfie

Menerusi keputusan yang dikongsikan ternyata stereotype bahawa pengguna iPhone terdiri daripada golongan berpendapatan tinggi adalah kurang tepat. Berdasarkan kajian, para pengguna berpendapatan tinggi di China lebih cenderung untuk menggunakan jenama Huawei dan Xiaomi.

Meskipun bilangan pengguna Apple iPhone adalah tinggi, majoriti daripadanya terdiri daripada mereka yang menerima jumlah gaji sebulan jauh lebih rendah berbanding harga sebuah iPhone. Malah, Apple iPhone seringkali menjadi pilihan anak muda bagi memaparkan ‘kekayaan’ mereka.

1200px-Huawei_P20_Pro_in_Paris

Berbeza sekali berbanding pengguna Huawei dan Xiaomi di negara ini yang terdiri daripada mereka yang memiliki karier yang lebih baik serta menerima jumlah gaji bulanan sekitar 5,000 yuan (RM3,011)  hingga 20,000 yuan (RM12,044). Kajian ini dikuatkan lagi dengan majoriti pengguna iPhone yang masih belum memiliki rumah berbanding pengguna Huawei.

Kajian yang dijalankan di China ini sekaligus menunjukkan gaya majoriti pengguna di negara tersebut. Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah anak muda di Malaysia turut melakukan perkara yang sama untuk tampil ‘kaya’?

Sumber