Anda tidak mempunyai kerja? Selalu berangan di dalam tandas? Mahukan pendapatan dengan hanya berada di rumah? Jangan risau, kini syarikat pembuat mangkuk tandas sedang mencari pekerja.

Produk jenama Tushy yang berpangkalan di Amerika Syarikat sedang mencari individu yang bakal menguji produk keluaran mereka. Kerjanya mudah, hanya perlu duduk dan buang air besar di mangkuk tandas keluaran mereka dan anda akan mendapat bayaran sebanyak $10,000 (RM43,000).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pekerjaan yang diiklankan di bawah tajuk ‘VP for Fecal Matters‘ mencari individu yang ‘suka’ membuang air besar bagi tujuanĀ menguji dan mempelajari tabiat membuang air besar mereka sendiri selama 3 bulan.

Selain itu, mereka yang terpilih juga akan menguji beberapa produk keluaran Tushy, menemubual orang terdekat mengenai tabiat membuang air besar serta berkongsi pengalaman membuang air besar di media sosial.

“Dengan bimbingan dari Ketua Pegawai Pooping kami, Dr. Mark Hyman, VP Fecal Matters akan menguji dan mempelajari tabiat buang air besar mereka sendiri dan mendokumentasikannya melalui media sosial TUSHY,” kata kenyataan daripada Tushy.

Kemaskini.

Pekerjaan ini sudah ditutup dan dilaporkan bahawa sudah ada individu yang berjaya mengisi kekosongan ini.

Terdahulu, NASA telah menawarkan hadian RM85,000 kepada sesiapa yang berjaya mencipta tandas. Klik pautan di bawah untuk membaca.

NASA Tawar RM85,000 Kepada Sesiapa Yang Berjaya Mencipta Tandas Dan Ini Adalah Syaratnya

NASA Buka Kerja Kosong Dengan Gaji Minimum RM200,000 Dan Berikut Adalah Syarat-Syaratnya

Qatar Airways Mahu Beri 100,000 Tiket Percuma Buat Petugas Barisan Hadapan Bermula Hari Ini

Sumber