Bila tidak ada bazar Ramadan tahun ini, macam sedikit sukar untuk mencari salah satu air ‘wajib’ ketika bulan puasa iaitu air jagung.

Starbucks tahu anda merindui air ini dan sejak 1 Mei yang lalu, air Caramel Sweet Corn Frappuccino menjadi antara air favourite pengunjung setia Starbucks.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bermula hari ini (12 Mei 2020) sehingga 23 Mei 2020, Starbucks turut memperkenalkan promosi Iftar Bersama Starbucks di mana anda boleh mendapat 2 minuman Grande bersama 1 potong kek pada harga RM29.90 sahaja (RM31.90 untuk saiz Venti).

Jadi, anda boleh cuba air jagung ini bersama satu lagi minuman kegemaran anda untuk berbuka disudahi dengan kek pilihan anda. Khas untuk bulan Ramadan ini, Chewy Kurma Cookies ialah perisa biskut yang anda dijual dalam masa terhad.

Anda boleh memesan seti Iftar Bersama Starbucks ini menerusi aplikasi Foodpanda, Grab atau ke cawangan Starbucks berhampiran anda.

Ramadhan-RM50
Kad Starbucks Edisi Aidilfitri 2020

P/S: Buat pengumpul kad Starbucks, kad edisi Aidilfitri 2020 turut tersedia untuk didapati di Starbucks. Corak batik floral menjadi keunikan rekaan kad Starbucks Aidilfitri 2020 ini. Jangan terlepas peluang kerana kad ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad.

Awal bulan lalu, Starbucks turut melancarkan koleksi khas bersama jenama beg antarabangsa Herschel Supply. Baca lagi pada pautan di bawah.

Koleksi Edisi Terhad Starbucks x Herschel Supply Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Uniqlo Kembali Dengan Koleksi Baju Melayu Selesa Untuk Lelaki

Ini Resipi Mudah Lotus Cheese Cake Dijamin Sedap Tanpa Perlu Dibakar Yang Kini Jadi Kegilaan Netizen